PEMBAHASAN NIKAH MUHALLIL @ KAHWIN CINA BUTA DALAM EMPAT MAZHAB.


                                            


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.

DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH (SEMESTER 4)
FIQH MUNAKAHAT (SYR 3073)
SESI 2 2016 / 2017

TAJUK:
PEMBAHASAN NIKAH MUHALLIL @ KAHWIN CINA BUTA DALAM EMPAT MAZHAB.
( http://yatieyAyub95.blogspot.my/2017/04 )
DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN.


DISEDIAKAN OLEH:

NORHAYATI BINTI MOHD AYUB

(D1510752)

1.0     PENGENALAN
Dalam pernikahan, ketika seorang suami mentalak tiga kali (talak bain) isterinya maka ia tidak dapat kembali dengan isterinya kecuali isterinya telah menikah dengan orang lain dan telah diceraikan serta telah habis masa ‘iddahnya. Nikah muhallil merupakan pernikahan untuk menghalalkan kembali isteri yang telah ditalak tiga agar boleh dinikahi lagi suami pertamanya. Abu Hanifah berpendapat bahwa nikah muhallil itu sah. Adapun Imam Malik berpendapat bahawa akadnya rosak dan batal sehingga perkawinan selanjutnya oleh bekas suami pertama [1]tidak sah. Menurut Imam Syafi’i apabila disyaratkan dalam akad tidak sah tetapi apabila hanya diniatkan maka sah. Imam Hanbali menghukumi nikah muhallil haram.
muhallil  adalah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang telah ditalak tiga kali setelah masa iddahnya berakhir dan kemudian mentalaknya dengan tujuan bekas suaminya yang pertama dapat berkahwin semula dengannya.[2]
        Bentuk talak ini termasuk dosa besar dan mungkar yang diharamkan oleh Allah dan pelakunya layak memperoleh laknat.
Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
                                              لعن الله المحلل , والمحلل له.
Ertinya: “Allah melaknat muhallil (seseorang yang berkahwin cina buta) dan muhallil lahu (bekas suami yang menyuruh orang lain supaya menjadi muhallil).
Dari Abdullah bin Mas’ud, dia berkata;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المحلل , والمحلل له.
Ertinya; “Rasulullah S.A.W melaknat muhallil (seseorang yang berkahwin cina buta) dan muhallil lahu (bekas suami yang menyuruh orang lain supaya menjadi muhallil.
          Nas-nas ini dengan tegas menerangkan bahawa kahwin cina buta adalah batal dan tidak sah, kerana laknat tidak akan dijatuhkan melainkan ke atas terhadap perbuatan-perbuatan yang tidak dibolehkan oleh syarak. Bagi suami pertama tidak halal kembali semula kepada bekas isterinya, sekalipun ketika ijab qabul  tidak dinyatakan sebagai kahwin cina buta, selagi didapati niat untuk berbuat demikian. Ini kerana, apa yang mesti diambil kira adalah tujuan niat dalam hukum  agama.
            Ibnu Al Qayyim berkata: “menurut penduduk madinah, pakar hadis dan ulama fiqh mereka bahawa tidak ada perbezaan dalam masalah ini antara di ucapkan ketika ijab qabul atau diniatkan dalam hati. Kerana menurut mereka, niat di dalam akad mestilah di ambil kira, dan segala amal perbuatan adalah bergantung kepada niatnya.
            Niat yang ada pada pihak-pihak yang melakukan akad, menurut mereka, sama dengan ucapan yang di ungkapkan. Ungkapan pada hakikatnya tidak lain hanya untuk mengambarkan makna dan tujuan yang sebenar. Jika tujuan telah dikenal pasti, maka kata-kata tidak lagi di ambil kira, sebab ia sekadar perantara dan tujuan yang dimaksudkan oleh kata-kata tersebut sudah pun dapat diwujudkan. Oleh yang demikian, maka segala hukum yang berkaitan dengannya mestilah dilaksanakan.
            Perkahwinan seumpama ini sesungguhnya hanyalah adat, pembohongan dan penipuan semata-mata yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah padamana-mana agama, dan ia adalah dilarang. Ini kerana , ia banyak mengandungi kerugian dan mudarat yang dapat diketahui oleh sesiapa pun. Ibnu Taimiyyah berkata: ‘Agama Allah tidaklah mengharamkan hubungan seks, malainkan apabila digunakan sebagai kambing pinjaman, di mana pelakunya tidak berhasrat untuk berkahwin dengan niat bersungguh-sungguh dan membina hidup bersama pasangan nya untuk selamanya. Dia berkahwin ibarat seekor binatang yang bebas melepaskan nafsu syahwatnya. Ini tentu merupakan perbuatan zina sebagaimana dikatakan oleh sahabat-sahabat Rasulullah.[3]


2.0     DEFINISI NIKAH MUHALLIL @ ‘KAHWIN CINA BUTA’
Muhallil adalah berasal dari kata hallala, yuhallilu, muhallilan yaitu penghalalan. Menisbatkan kepada peristiwa kesepakatan antara suami pertama (muhallalah) terhadap (muhallil) laki-laki yang menikahi perempuan untuk kemudian menceraikannya. Jenis perkawinan yang dilakukan muhallil dalam fiqh dikenal dengan nikah tahlil atau “halalah” berarti mengesahkan atau membuat sesuatu menjadi halal, juga merupakan amalan yang biasa dilakukan sebelum Islam.
Selain itu juga,“Kahwin cina buta”  adalah istilah dari ulama’ nusantara , dalam hukum islam, jenis perkahwinan ini disebut sebagai nikah muhallil. Muhallil secara umumnya bererti “orang yang menghalalkan”. Nikah muhallil adalah pernikahan yang dilangsungkan antara seorang lelaki dan perempuan janda(talak tiga) sebagai cara atau untuk halalkan kembali pernikahan antara perempuan tersebut dengan bekas suaminya.[4]
Dalam konteks islam, suami isteri yang telah bercerai dengan cerai tiga dilarang melangsungkan perkahwinan kembali (rujuk), kecuali bekas isteri telah melangsungkan perkahwinan dengan lalaki lain dan kemudian lalaki tersebut menceraikan nya. Lelaki lain yang disebut muhallil (orang yang menghalalkan). Sedangkan bekas suaminya disebut muhallil lahu (orang yang dihalalkan). Perkahwinan moden ini disebut dalam al-quran:   
فإن طلقها فلا تحل له من بعد حتى تنكح زوجا غيره فإن طلقها فلاجناح عليهما أن يتراجعا إن ظنا ان يقيما حدود الله وتلك حدود الله يبينها لقوم يعلمون  .
“kemudian jika mentalak (sedudah talak yang kedua), maka perempuan tersebut tidak halal baginya sehingga dia kawin dengan suami yang alin. Kemudian jika suami yang lain ini menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) nya untuk  kahwin kembali jika keduanya dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah diterangkan –Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui”
                                                                                                      (surah al-baqarah ayat 2;230)[5]
Seterusnya perkahwinan antara lelaki kedua (muhallil)dengan bekas isteri lelaki pertama (muhallil lah) tidak boleh hanya dilakukan secara formal, melainkan harus sudah berhubungan intim. Ketika mengomenteri kalimat “sehingga dia menikah dengan lelaki lain”, ibnu katsir , ahli tafsir terkemuka: “sehingga dia disetubuhi laki-laki lain dengan pernikahan yang sah”. Hal ini berdasarkan pada hadis Nabi s.a.w:
Dari aisyah r.a bahawa seorang lalaki telah menceraikan isterinya tiga kali, lalu dia kahwin dengan lelaki lain, lalu menceraikannya sebelum berhubungan intim denganya. Nabi ditanya : “apakah dia sudah halal bagi lelaki yang pertama(suami pertama)”? Nabi menjawab : “tidak , sampai lelaki kedua mencicipi madunya sebagaimana suami pertama mencicipinya”.
                                                                                      (H.R. Bukhari, Muslim, Nasa’i)
Menurut Sayyid Sabiq dalam bukunya fiqih sunnah nikah muhallil adalah seorang laki-laki yang menikahi perempuan yang telah di talak tiga kali dan sudah habis masa iddahnya dan dia melakukan dukhul (hubungan suami isteri) denganya, kemudian mentalaknya supaya perempuan itu halal dinikahi oleh suaminya yang pertama.[6]
Ibnu Taimiyyah berkata:agama Allah tidaklah mengharamkan hubungan seks, melainkan apabila digunakan sebagai kambing pinjaman, Dimana pelakunya tidak berhasrat untuk berkahwin dengan niat bersungguh-sungguh dan membina hidup bersama pasanganya untuk selamanya.





3.0     SEJARAH  MUHALLIL
Imam Muslim meriwayatkan:
حدثنا ابو بكر بن ابي شيبة وعمرو الناقد والفظ لعمرو قالا حدثنا سفيان عن الزهري عن عروة عن عائشة قالت جاءت امرأة رفاعة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت كنت عند رفاعة فطلقني فبت طلاقي فتزوجت عبد الرحمن بن الزبير وإن ما معه مثل هدبة الثوب فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال أتريدين أن ترجعي إلى رفاعة لا حتى تذوقي عسيلته ويذوق عسيلتك.
                                                                                                             (رواه مسلم)
Ertinya:Telah mengabarkan kepada kami dari Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Amar dan Naqid Amr dari Sufyan dari az-Zuhri dari Urwah dari Aisyah berkata: "Isteri Rifa'ah pernah datang kepada Rasulullah lalu berkata : Saya dulu pernah menjadi isteri Rifa'ah kemudian saya ditalaknya. Dan talaknya kepada aku itu sudah tiga kali, lalu aku khawin dengan Abdurrahman Ibnu Zubair, tetapi sayang dia ibarat ujung kain yaitu lemah syahwat. Lalu Nabipun tersenyum seraya bersabda: Apakah kamu ingin kembali kepada Rifa'ah ? Oh, tidak boleh, sebelum kamu benar-benar merasakan madu kecilnya Abdurrahman bin Zubair (bersetubuh) dan dia juga merasakan madu kecilmu."(HR. Muslim).[7]
Hadis ini berkaitan dengan kisah Aisyah binti  Abdul Rahman yang telah diceraikan oleh suaminya Rifa’ah bin Wahab dengan talak tiga. Beliau kemudian berkahwin pula dengan Abdul Rahman bin Zubir al-Qurazi. Malangnya beliau turut diceraikan oleh suami keduanya itu. Setelah itu dia datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata; Ya Rasulullah , Dia (Abdul rahman bin Zubair al-Quraizi) telah menceraikan aku sebelum menyentuhiku (bersetubuh). Bolehkah aku kembali kepada bekas suamiku yang pertama? Baginda s.a.w menjawab tidak boleh selagi tidak di sentuh (bersetubuh dengan isteri kedua).
Berdasarkan ayat diatas, ulama feqah sepakat, sekiranya si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, si suami itu tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya itu berkahwin yang diiktiraf syariat, sah dan bertujuan kekal bukan perkahwinan yang dirangcang (perkahwinan muhallil). Dan berdasarkan hadis diatas perkahwinan dengan suami kedua itu hendaklah berlaku dukhul iaitu jimak.[8]



















4.0      PANDANGAN  ISLAM  MENURUT  4 MAZHAB
          Nikah muhallil adalah nikah yang dimaksudkan untuk menghalalkan bekas isteri yang telah ditalak tiga kali. Imam Malik berpendapat bahawa nikah muhallil dapat dibatalkan. Sedangkan Abu Hanifah berpendapat bahwa nikah muhallil itu sah. Adapun Imam Malik berpendapat bahawa akadnya rosak dan batal sehingga perkawinan selanjutnya oleh mantan suami pertama tidak sah. Yang menjadi perumusan masalah yaitu bagaimana pendapat Imam Syafi'i tentang sahnya nikah muhallil. Penelitian ini merupakan jenis penelitian kepustakaan iaitu dengan jalan melakukan penelitian terhadap sumber-sumber tertulis, maka penelitian ini bersifat kualitatif.
        Sumber daripada kitab Al-Umm, di antaranya: Sahih al-Bukhari; Sahih Muslim; Tasir Ibnu Kasir; Tafsir al-Maragi, Tafsir Ahkam; Fath al-Mu'in; Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid; Fiqh al-Sunnah. Dalam pengumpulan ini penulis menggunakan metode (penelitian kepustakaan) yaitu suatu kegiatan penelitian yang dilakukan dengan menghimpun data dari literatur, dan literatur yang digunakan tidak terbatas hanya pada buku-buku tapi juga berupa artikel dan penelitian-penelitian sebelumnya. Data hasil penelitian kepustakaan yang telah terkumpul kemudian dianalisis dengan metode penelitian deskriptif analisis.
       Hasil penulisan menunjukkan bahawa Menurut Imam Syafi'i nikah muhallil sah. Dalam pandangan Imam Syafi'i, nikah muhallil itu sah sepanjang dalam ijab qabul pada saat akad nikah tidak disebutkan suatu persyaratan, meskipun adanya niat untuk menghalalkan wanita itu menikah lagi dengan suami yang lama. Menurut penulis, tampaknya Imam Syafi'i lebih melihat kepada aspek zahir atau luarnya saja iaitu ucapan dianggap bisa membatalkan keabsahan nikah muhallil, sedangkan niat tampaknya kurang dihiraukan oleh Imam Syafi'i. Padahal niat itu justru yang lebih menentukan suatu perbuatan. Meskipun calon suami mengucapkan suatu persyaratan, namun jika tidak ada niat seperti ucapannya, dengan kata lain, berbedanya niat dengan ucapan, maka sepatutnya ucapan dikalahkan oleh niat. Namun justru sebaliknya dalam perspektif Imam Syafi'i "niat" bisa dikalahkan oleh "ucapan". Dalam hubungannya dengan sahnya nikah muhallil, Imam Syafi'i menggunakan metode istinbat hukum berupa qiyas yaitu meng-qiyaskan nikah muhallil dengan nikah biasa.[9]
4.1  MAZHAB  IMAM  HANAFI.

Madzhab Hanafiyah menyatakan bahwa apabila seorang laki-laki kawin dengan seorang wanita yang sudah ditalak tiga dengan maksud agar dia halal bagi suaminya yang pertama maka nikahnya sah dengan syarat sebagai berikut:
(1). Akad nikahnya dilakukan sebagaimana akad nikah biasa yang sah.
(2). Dia telah dukhul dengan isterinya ini sebagaimana mestinya, jadi tidaklah halal bagi suaminya yang pertama kalau tanpa dukhul dengan semata-mata akad saja.
(3). Dukhul yang dilakukan itu mewajibkan mandi, jadi dukhul yang sempurna.
(4). Yakin benar bahwa telah dukhul pada tempat semestinya.
(5). Telah dicerai dan kemudian telah habis pula masa 'iddahnya.[10]

4.2   MAZHAB  IMAM  SYAFI’E

 Madzhab Syafi'iyah mengatakan bahwa apabila seorang laki-laki kawin dengan seorang wanita yang sudah ditalak tiga oleh suaminya yang pertama dengan niat agar wanita itu halal kembali bagi suaminya yang pertama maka nikahnya sah dengan syarat sebagai berikut:
(1). Akad nikahnya dilakukan sebagaimana akad nikah biasa yang sah.
(2). Tidak mengucapkan bahwa akad nikahnya itu adalah sebagai akad nikah tahlil. Jadi nikahnya tidak bersyarat.
(3). Laki-laki yang kedua adalah telah mengerti masalah nikah, walaupun belum dewasa.
(4). Telah melaksanakan persetubuhan secara wajar.
4.3   MAZHAB IMAM MALIKI

Madzhab Malikiyah menyatakan bahwa apabila seorang laki-laki kawin dengan seorang wanita yang sudah ditalak tiga dengan maksud untuk menghalalkan wanita itu kembali bagi suaminya yang pertama, maka akad nikahnya fasiq dan tidak boleh dukhul, tetapi nikah itu sendiri jadi batal seluruhnya. Demikian juga kalau seseorang mensyaratkan nikah itu nikah tahlil, maka nikahnya menjadi fasakh tanpa talak. Demikian juga apabila dia mengikrarkan syarat tersebut sebelum akad, maka akad nikahnya juga menjadi fasakh. Sebagaimana halnya dia mensyaratkan tahlil di dalam akad.[11]

4.4   MAZHAB IMAM HAMBALI 

Madzhab Hanabilah (Hanbaliyah) menyatakan bahawa apabila seorang laki-laki kawin dengan seorang wanita yang sudah ditalak tiga oleh suaminya yang pertama, dengan maksud agar dia dapat kembali kepada isterinya yang pertama, atau ditegaskannya betul syarat itu di dalam akad nikah, dan telah disepakati. Umpamanya bersama isterinya itu atau bersama walinya dan tidak pernah dicabut, maka batallah nikah tersebut, sehingga tidak halal si isteri itu kembali kepada suaminya yang pertama. Hal ini sesuai dengan hadits dari riwayat Ibnu Majah yang menyatakan ; Laki-laki itu sama dengan kambing jantan yang dipersewakan. Madzhab Hanabilah ini menyatakan, suami yang pertama dapat kawin dengan isterinya yang sudah bertalak tiga mana kala terpenuhi syarat-syarat sebagai berikut:
 (1). Akad nikah pada suami yang kedua telah dilaksanakan secara wajar dan sah. Tidak terdapat padanya beberapa ketentuan syarat termasuk juga tidak diniatkan untuk mentalaknya.
(2). Suami yang kedua telah dukhul dengan isterinya tersebut pada tempat yang semestinya. Tidak cukup hanya dengan telah diadakan akad nikah; atau telah berkhalwat atau telah mubasyarah (bermesra-mesraan) dengan suaminya yang kedua tetapi tanpa
dukhul.
(3). Dukhul yang dilakukannya tersebut telah mengeluarkan mani secara wajar.
(4). Pada waktu dukhul si isteri tersebut tidak berhalangan untuk melaksanakan dukhul (artinya tidak pada saat tidak boleh di (dukhul). Oleh karena itu tidaklah sah kalau pada waktu dukhulnya itu si isteri tersebut dalam keadaan haid, nifas, puasa, dalam keadaan ihram atau dukhul itu dilaksanakan di dalam masjid dan sebagainya.
Demikianlah pendapat para imam madzhab tentang nikah muhallil ini. Ada beberapa kelompok ulama yang menetapkan hukum nikah muhallil ini.[12]

·         Pendapat Para Ulama
Dalam kaitan ini, fuqaha berselisih pendapat mengenai nikah muhallil, yakni jika seorang lelaki mengawini seorang perempuan dengan syarat (tujuan) untuk menghalalkannya bagi suami yang pertama.
Imam Malik berpendapat bahawa nikah tersebut rusak dan harus difasakh, baik sesudah mahupun sebelum terjadi pergaulan. Demikian pula syarat tersebut rosak dan tidak berakibat halalnya perempuan tersebut.menurutnya, keinginan istri untuk menikah tahlil tidak dipegangi, tapi keinginan lelaki itulah yang dipengangi. Imam Syafi’i dan Abu Hanifah berpendapat bahwa nikah muhallil diperbolehkan, dan nikah untuk menikah itu tidak mempengaruhi sahnya. Pendapat ini dikemkakan pula oleh Daud dan segolongan fuqaha, mereka berpendapat yang dicerai tiga kali. Segolongan fuqaha lainnya berpendapat bahwa pernikahan muhallil itu diperbolehkan, terapi syarat untuk menceraikan istri dan menyerahkan bagi suami pertama adalah batal. Yakni bahwa syarat tersebut tidak menyebabkan kehalallan istri yang dikawin tahlil. Pendapat ini dikemukakan oleh Abi Laila dan diriwayatkan pula oleh Al-Tsaury.
Fuqaha gulongan lain berpegangan dengan keumumman firman Allah:
  “Sehingga ia (istri yang ditalak tiga kali) kawin dengan suami yang lain”
     Mereka berpendapat bahwa suami yang lain adalah orang yang mengawini juga. Menurut mereka, pengharaman nikah dengan maksud menghalalkan (tahlil) tidak menunjukkan ketiadaan maksud untuk menghalalkan menjadi syarat sahnya nikah, sebagaimana larangan mengerjakan shalat di rumah rampasan tidak menunjukkan bahwa untuk syarat sahnya shalat tersebut disyaratkan untuk memiliki sebidang tanah atau memperoleh ijin dari pemiliknya.
mereka mengatakan, jika larangan tidak menunjukkan rusaknya akad nikah tertentu terlebih lagi tidak menunjukkan batalnya nikah tahlil.[13]
       Alasan Imam Malik untuk tidak memegangi maksud orang perempuan adalah apabila suami tidak menyetujui maksudnya, maksud orang perempuan tersebut tidak akan da artinya (tidak akan kesampaian), sedangkan talak tidak ada tangannya. Fuqaha berselisih pendapat mengenai apakah suami menggugurkan talak di bawah tiga ?.
      Imam Abu Hanifah berpendapat bahwa suami lain dapat menggugurkan. Sedangkan Imam Malik dan Imam Syafi’i berpendapat tidak menggugurkan, yakni apabila istri kawin lagi sebelum talak yang ketiga bukan dengan suami yang pertama, kemudian suami pertama merujuknya lagi apakah talak pertama dihitung atau tidak ?
       Bagi fuqaha yang berpendapat bahwa pengguguran bilangan tidak ditentukan oleh syarak hanya untuk talak yang ketiga, maka mereka mengatakan bahwa perkawinan tersebut tidak menggugurkan talak yang kurang dari tiga. Sedangkan bagi fuqaha yang berpendapat bahwa jika perkawinan tersebut dapat menggugurkan talak yang ketiga, maka mereka mengatakan bahwa perkawinan tersebut dapat menggugurkan talak yang kurang dari tiga.
       Pernikahan ini haram dan termasuk dosa besar. Orang yang mengerjakannya mendapat laknat dan orang yang di untungkan dengannya (mantan suami) juga dapat laknat. Ibnu Mas’ud ra. Menyatakan, “Rasulullah Saw. Melaknat orang yang menikah untuk menghalalkan dan orang memperoleh kehalalan (untuk menikah lagi) dengan pernikahan tersebut.Dari keterangan di atas jalaslah bahwa jika sebelum akad suami kedua di tuntut dengan persyaratan agar menghalalkan wanita yang akan di nikahinya untuk di nikahi mantan suaminya, tapi kemudian dia berniat yang bereda dengan persyaratan yang mereka ajukan dan menikahi wanita tersebut benar-benar untuk dirinya maka akadnya sah, karena dia lepas dari niat menghalalkan dan persyaratannya[14]
5.0        MUHALLIL @ CINA BUTA: PANDANGAN MASYARAKAT UMUM TERUTAMA DI MALAYSIA.

                  Pakatan ini diistilahkan menurut perundangan Islam sebagai nikah muhallil. Dalam masyarakat kita ia dikenali sebagai ‘”kahwin cina buta”. Perkataan muhallil daripada kata dasar halal, maksudnya bagi menghalalkan suami pertama berkahwin semula dengan bekas isteri yang sudah ditalak tiga.
                  Bagi sebahagian masyarakat kita, mereka mengatakan lelaki itu gila talak kerana sesudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, lalu hendak kembali semula berkahwin dengan isterinya itu.
                  Adakah nikah seperti ini sah? Adakah ia sudah mencukupkan syarat bagi bekas suami berkahwin semula dengan bekas isterinya? Sebelum menjawab soalan-soalan ini, kita lihat apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW berkenaan nikah seperti ini.
Jabir dan Ali bin Abu Talib melaporkan, "Rasulullah melaknat suami baharu dan bekas suami dalam nikah muhallil." Direkodkan oleh Imam Tirmizi. Laporan ini menjelaskan bahawa pakatan antara lelaki yang sanggup berkahwin dan bekas suami, adalah ditegah oleh Nabi SAW. Malahan baginda melaknat perbuatan tersebut.
                  Imam Ibnu Taimiyah menjelaskan sebab Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan tersebut, kerana ia mempermainkan hukum Allah SWT. Jika pakatan seperti itu dibenarkan, maka tidak ada erti Allah SWT meletakkan syarat yang tegas dalam ayat 230 surah al-Baqarah.
                  Malahan para suami akan menjadi lebih bebas untuk mempermudahkan persoalan talak tiga. Oleh sebab itu, menurut majoriti para pakar perundangan Islam, nikah muhallil atau kahwin cina buta adalah haram dan tidak sah.[15]


Para pakar perundangan Islam membahagikan kes kahwin cina buta ini kepada beberapa keadaan:
1) Jika dinyatakan dalam majlis akad nikah syarat suami baharu kena menceraikan isterinya itu bagi membenarkan wanita itu dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah menceraikannya dengan talak tiga, maka pernikahan tersebut adalah tidak sah dan pihak yang terlibat berdosa.
2) Jika syarat tersebut dinyatakan sebelum majlis akad, lalu ketika akad nikah itu suami baharu berniat selepas berkahwin nanti dia akan menceraikan isterinya itu agar dia boleh kembali semula berkahwin dengan bekas suami pertamanya, maka para pakar berbeza pendapat.
Atau syarat tersebut tidak ditetapkan, tetapi suami baharu itu dengan rela hati berniat begitu. Para pakar bermazhab Maliki dan Hanbali menjelaskan, nikah tersebut tidak sah. Manakala menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafii, nikah tersebut sah, kerana syarat itu tidak dinyatakan dalam majlis akad. Hujah mereka, niat suami baharu itu tidak menjejaskan kesahan akad nikah itu dengan syarat segala rukun dan syarat nikah dipenuhi.
3) Jika isteri atau walinya yang berniat agar suami baharu menceraikan si isteri itu bagi dia dapat kembali kepada suami pertamanya, maka akad nikah tersebut sah. Ini disebabkan, dalam hadis yang dilaporkan oleh Jabir dan Ali bin Abu Talib, Nabi hanya melaknat suami baharu dan suami lama yang berpakat. Malahan niat isteri atau wali itu tidak mempunyai apa-apa kesan, kerana hak menceraikan adalah berada di tangan suami baharu.[16]





6.0         HUKUM  NIKAH  MUHALLIL @ KAHWIN CINA BUTA.
Sepakat Ahli Hukum Islam menetapkan bahwa nikah muhallil hukumnya haram, dengan mengemukakan dasar-dasarnya pada Hadits yang berbunyi:
عَنْ اَبِىْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَعَنَ اللهُ اْلمُحَلِّلَ وَاْلمُحَلَّلَ لَهُ.
(رواه احمد)
Ertinya:
“dari Abi Hurairah RA: bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat muhallil dan muhallala lahu (suami kedua dan pertama)”. (H.R. Ahmad).
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلمُحَلِّلَ وَاْلمُحَلَّلَ لَهُ.
 (رواه لتر مزى)
Ertinya:
“Dari Abdillah bin Mas’ud berkata: Rasulullah SAW melaknat muhallil dan muhallala lahu (suami kedua dan pertama)”. H.R. At-Tirmidzy.
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اَلاَاُخْبِرُكُمْ بِالتَّيْسِ اْلمُسْتَعَارِ؟ قَالُ اْ: بَلى يَارَسُوْلَ اللهِ, قَال: هُوَ اْلمُحَلِّلُ, لَعَنَ اللهُ اْلمُحَلِّلَ وَاْلمُحَلَّلَ لَهُ.
Ertinya:
“dari ‘Uqbah bin ‘Amir, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: apakah engkau ingin kuberitahukan tentang kambing jantan pinjaman? Mereka (sahabat) berkata: ya, hai Rasulullah. Nabi berkata: itu adalah Al-Muhallil. (karena itu) Allah melaknat muhallil dan muhallala lahu”.[17]
H.R. Imam Hadits yang keempat.)                                 
          Setelah ditentukan keharaman nikah muhallil, maka tindak lanjut terhadap pelakunya, harus dirajam bila terbukti bahwa telah melakukan senggama, karena pernikahan tersebut termasuk perbuatan zina. Maka hukumnya pun harus disamakan dengan hukum pelaku zina.
Pernikahan ini termasuk dosa besar dan tergolong perbuatan keji, yang tidak diperbolehkan keras, baik kedua laki-laki yang bersangkuntan itu menentukan syarat ketika akad nikah atau mereka berdua sepakat sebelum terjadi akad nikah untuk segera mentalaknya kembali, atau salah satu dari keduanya berniat di dalam hatinya untuk mencerainya lagi. Pelaku pernikahan ini dila’nat oleh Rasulullah saw sebagaimana sabdanya: 
Dari Ali r.a. berkata, ”Rasulullah saw. melaknat muhallil (yaitu orang yang menikahi seorang wanita dan menceraikannya dengan niatan supaya wanita itu menjadi halal kembali bagi suami yang pertama.) dan Muhallallahu (yakni orang yang meminta muhallil melakukan pernikahan tersebut bekas suami).”
Dari ‘Uqbah bin Amir bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Mahukah kujelaskan kepada kalian tentang kambing hutan pinjaman?” Para sahabat menjawab, “Mahu, ya Rasulullah,” Lanjut Beliau “iaitu muhallil, Allah telah mela’nat muhallil dan muhallallah,” [18]
(Hasan: Shahih: Ibnu Majah no:1572, Ibnu Majah I:623 no:1936)
Dari Umar bin Nafi’ dari bapanya bahawa ia berkata, “Telah datang seorang laki-laki kepada Ibnu Umar r.a. lalu bertanya kepadanya perihal seorang suami yang menjatuhkan talak tiga terhadap isterinya. Kemudian saudara laki-laki menikahinya, tanpa perintah darinya agar wanita itu menjadi halal kembali bagi saudaranya (iaitu suami pertama). Lalu apakah wanita itu halal bagi suami yang pertama itu? Maka jawab Ibnu Umar, ”Tidak (halal), kecuali nikah yang didasari cinta yang tulus. Dahulu, pada masa Rasulullah saw. kami menganggap pernikahan seperti ini penzinahan.” [19]


·        Hukum Nikah muhallil di Kalangan para Fuqaha
            Jumhur Ulama baik salaf maupun khalaf mengatakan, nikah muhallil yang dilakukan dengan bersyarat ini, adalah batal. Baik syarat itu diucapkan sebelum akad, maupun dalam rumusan akad. Diantara pendapat-pendapat fuqahatersebut ialah sebagai berikut :
         Imam Malik berpendapat bahwa nilah muhallill yang dilakukan dengan bersyarat ini dapat di fasakh. Imam malik dalam kitabnya Al-Muwaththa’ menambahkan penjelasannya tentang nikah muhallil ini, beliau mengatakan: “pernikahannya itu tidak sah sehingga melaksanakan akad nikah baru. Bila kemudian ia menggaulinya maka perempuan itu berhak terhadap maharnya.” Karana tidak sahnya pernikahan itu, maka suami pertamanya tidak boleh menikahinya lagi. Bahkan dalam kitab wahbah Az-zuhaili yang berjudul “al-Fiqfu al- Islamiyu Wa ushuluhu” Imam Malik menentang keras terhadap penghalalan nikah muhallil yang dilakukan dengan bersyarat.
          Baik syarat itu diucapkan dalam akad maupun sebelum akad. Adapun alasan yang dikemukakan Imam Malik adalah yang pertama hadis nabi SAW yang berbunyi :
Ertinya :“Dari Abdullah bin Masu’d bahwasanya telah berkata, Rasulullah SAW Allah melaknat muhallil (laki-laki yang menghalalkan) dan muhallal lahu (laki-laki yang di halalkannya). (HR, Tirmizi  Hadis shahih).[20]
           Imam Syafi’i juga mengatakan batal, jika syarat nikah muhallil itu disebutkan ketika akad. Adapun landasan hukum Imam Syafii yang pertama adalah sebagaimana landasan hukum yang dikemukakan Imam Malik diatas iaitu hadis nabi SAW yang diriwayatkan dari Ibnu Masu’d. Adapun dasar hukum yang kedua ialah dengan “qiyas” Imam Syafii mengkiaskan kepada nikah mut’ah, imam syafii memandang nikah tahlil ini semacam nikah mut’ah juga, karana nikah mut’ah itu tidak mutlak melainkan disyaratkan, hingga masa yang ditentukan. Adapun jika perkawinan tahlil itu tidak disebutkan dalam akad, Imam Syafii menghukumkan “sah” nikah tersebut. Adapun maksud atau niatnya itu untuk maksud tahlil tiadalah membatalkan perkawinan, karena niat itu percakapan hati padahal Allah telah memaafkan ummat manusia tentang sesuatu yang dipercakapkan oleh hati mereka itu. Apalagi manusia itu kadang-kadang meniatkan akan melakukan suatu perbuatan, tetapi tidak jadi dilakukannya, memang kadang-kadang dilakukannya, sebab itu perbuatan berlainan dengan niat. Imam Hambali juga sependapat dengan Imam Malik beliau menghukumkan nikah tahlil ini batal baik syarat itu disebutkan dalam akad mahupun sebelum akad, asal perkawianan itu dengan tujuan muhallil maka dihukumkan batal oleh Imam Hambali. Adapun landasan hukum yang dikemukakan oleh Imam Hambali sama denagn Imam Malik, yaitu hadist Nabi SAW yang diriwayatkan Ibnu Masu’d dan “Saddu tsarai’.[21]














7.0        HIKMAH NIKAH MUHALLIL
            Hikmah disyari'atkannya ketentuan yang demikian ini telah banyak ditulis oleh para ulama, fuqaha dan ahli tafsir. Kalau seorang suami telah mentalak isterinya dengan talak pertama, maka di dalam masa iddah dia dapat merasakan bagaimana perasaan, keadaan pada waktu ia berpisah itu. Mungkin timbul penyesalan atas talak yang dijatuhkannya itu, maka dia akan rujuk kembali. Tetapi setelah dia rujuk mungkin karena sesuatu hal, karena marah, oleh karena perlakuannya, maka dia ceraikan kembali. Ternyata perceraian yang kedua ini juga tidak berguna baginya dan mungkin juga dia tidak tahan lalu dia rujuk kembali untuk yang kedua kalinya. Tetapi di dalam perjalanan kemudian, rumah tangganya tidak dapat berjalan sebagaimana mestinya, sehingga dia terpaksa menjatuhkan talak yang ketiga kalinya. Setelah talak yang ketiga dijatuhkan, maka di dalam syari'at Islam tidak diperkenankan untuk rujuk kembali dan juga setelah habis masa iddahnya tidak diperkenankan untuk kawin kembali, kecuali kalau wanita tadi telah kawin dengan laki-laki lain seperti ketentuan tersebut di atas.
        Pada umumnya laki-laki demi gairah dan kehormatannya, tidak suka kalau isterinya itu dinikahi oleh laki-laki lain, kemudian dia kawin lagi dengannya. Oleh karana itu dia harus berhati-hati untuk mentalak isterinya sampai dengan tiga kali, sebab isteri itu akan kehilangan untuk selamalamanya baginya. Tetapi mungkin juga oleh karena satu dan lain hal, oleh karena masalah pendidikan anak-anak masalah kerukunan keluarga, masalah harta benda dan sebagainya, maka Islam memberikan kesempatan untuk nikah kembali kalau isterinya tersebut telah nikah dengan orang lain dan orang lain tersebut menikahinya secara wajar dan menceraikannya secara wajar pula. Itulah hikmahnya disyari'atkan demikian. Dalam kenyataan, orang banyak menyalahgunakan ketentuan ayat dalam surat Al-Baqarah dan hadits Rifa'ah tersebut di atas yaitu ; Orang membuat helah (ketentuan tersendiri) sehingga menyimpang dari maksud dan tujuan syari'at agama. Itulah yang dinamakan dengan kawin tahlil. .
        Sayyid Sabiq mendefinisikan kawin tahlil adalah seorang laki-laki menikahi seorang perempuan yang sudah bertalak tiga sesudah habis masa iddahnya dan dia telah dukhul kepadanya kemudian ia mentalak wanita itu dengan maksud agar dia dapat nikah kembali dengan bekas suaminya yang pertama. Si muhalil atau suami kedua melaksanakan akad nikah yang demikian ini mungkin disuruh atau diupah oleh suami pertama atau tidak. Yang menjadi pokok masalah adalah niat dari suami kedua ini dalam melaksanakan akad nikahnya. Kalau dia berniat pernikahannya itu adalah untuk menghalalkan wanita itu bagi suaminya yang pertama maka itulah yang dinamakan nikah muhallil.[22]

·        Hikmah diharamkan nikah muhallil
Nikah muhallil yang dimaksud di sini adalah seseorang menikahi wanita yang telah ditalak tiga, kemudian ia mentalaknya dengan tujuan supaya wanita ini menjadi halal bagi suami yang pertama. Nikah semacam ini terlarang, bahkan termasuk al kabair (dosa besar). lelaki kedua yang melakukan nikah muhallil terkena laknat sebagaimana pria pertama yang menyuruh menikahi mantan isterinya.

Dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ’anhu, ia berkata:


لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُحَلِّلَ وَالْمُحَلَّلَ لَهُ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat muhallil (laki-laki yang menikahi seorang wanita dengan tujuan agar perempuan itu dibolehkan menikah kembali dengan suaminya yang pertama) dan al muhallal lahu (laki-laki yang menyuruh muhallil untuk menikahi bekas isterinyaagar isteri tersebut dibolehkan untuk dinikahinya lagi).”
(HR. Abu Daud no. 2076dan Ibnu Majah no. 1934. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih)


Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Mahukah aku kabarkan kepada kalian tentang taisil musta’aar (domba pejantan yang disewakan)?” Para sahabat menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Beliau kemudian bersabda, “Ia adalah muhallil. Allah akan melaknat muhallil dan muhallal lahu.”

(HR. Ibnu Majah no. 1936. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Nikah muhallil dinilai terlarang dan nikahnya tidak sah, terserah apakah dipersyaratkan di awal bahwa si wanita akan dicerai supaya halal bagi suami pertama ataukah tidak disyaratkan tetapi hanya diniatkan[23]

·        Lafaz ijab Qabul yang disertai dengan syarat
Apabila  dalam ijab qabul diiringi dengan suatu syarat yang ada kalanya syarat itu termasuk dalam tuntutan perkahwinan, atau bercanggah hukum perkahwinan, atau mengandungi manfaat yang akan diterima oleh pihak perempuan, atau ada kalanya pula mengandungi syarat yang dilarang oleh agama, maka setiap syarat tersebut mempunyai ketentuan hukum tersendiri yang secara ringkas.
1.    Syarat yang  wajib dipenuhi.
Antara syarat yang wajib dipenuhi adalah syarat yang termasuk dalam tuntutan dan tujuan perkahwinan, dan tidak mengandungi perkara yang menyalahi hukum Allah dan Rasulnya, seperti menggauli isteri dengan baik, memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal yang layak , yang tidak mengabaikan sedikit pun hak-haknya, bersikap adil antara sesame isterinyya yang lain jika dimadu, tidak boleh keluar rumah suaminya sebelum memperoleh kebenaran, tidak berbuat nusyuz keatas suami nya, tidak berpuasa sunnah sebelum dibenarkan suaminya, tidak menerima tetamu orang lain di rumah suaminya sebelum memperoleh kebenaran dari suaminya, tidak membelanjakan harta suaminya kecuali dengan izinnya dan lain-lain.
2.    Syarat yang tidak wajib dipenihi.
Antara syarat syarat yang tidak wajib dipenuhi namun akad nikah tetap dianggap sah adalah syarat yang menyalahi hukum perkahwinan, seperti tidak memberi nafkah, tidak mahu besetubuh, berkahwin tanpa mahar, tidak tidur sebumbung dengan isterinya, atau isterinya yang harus memberi nafkah, atau memberi suatu hadiah kepada suaminya, atau tinggal serumah selama satu malam dalam seminggu, tinggal bersama isterinya hanya di siang hari sementara tidak tidur bersama pada malam harinya.
         Kesemua syarat ini adalah bataldengan sendirinya, kerana menyalahi hukum tuntutan perkahwinan, di samping mengandungi perkara-perkara yang mengurangi hak-hak suami isteri sebelum ijab qabul dilangsungkan . seorang yang berkongsi mengemukakan syarat untuk mengurangkan hak kongsinya sebelum dijual.[24]
















8.0       KESIMPULAN
Nikah Muhallil adalah orang yang nikah dengan perempuan yang telah tiga kali ditalak suaminya, sesudah itu diceraikannya supaya perempuan itu dapat kawin lagi dengan bekas suaminya yang terdahulu.
            Nikah Muhallil dapat terjadi apabila bekas suami menyuruh orang lain menikahi bekas istrinya yang sudah ditalak tiga kemudian berdasarkan perjanjian istri tersebut diceraikan sehingga mantan suaminya dapat menikahinya (rujuk).
           Nikah Muhalillal merupakan hal yang paling di benci oleh Allah SWT, dan hukumannya pun akan dilaknat.
          Dalam ketentuan hukum islam bila seorang suami telah mentalak isterinya tiga kali maka tidak halal bagi suami tersebut untuk merujuk atau kahwin kepada isteri yang telah ditalaknya tersebut.suami dapat menikah isterinya ini, isteri tersebut telah menikah dengan lelaki lain dan telah bergaul sebagai suami isteri (dukhul ).
          Jelasnya pernikahan ini dilaksanakan secara wajar dengan I’tiqad dan niat yang baik untuk membentuk rumah tangga yang bahagia seperti yang disyariatkan oleh agama islam.[25]








9.0       RUJUKAN

1.      Tafsir wanita, Syaikh Imad Zaki Al-Barudi.
2.      Fiqh 4 mazhab juzuk 4,5. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.
3.      Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.
4.      Soal jawab wanita islam, Shaikh Atiyyah Saqr.
5.      Wanita Syurga & wanita neraka, Syeikh Muhammad Ali qutb.
6.      Suami isteri yang ingkar, Thana Abdullah Al- Afif.
7.      Kursus dan bimbingan perkahwinan, Ustaz Abdul Aziz.
8.      400 soal jawab nikah kahwin, Haji Said Haji Ibrahim( bekas mufti negeri sabah)
9.      Soal jawab perkahwinan, Tamar Djaja.
10.  http//usthjhishamuddinmansor.blogspot.my/2010/05/kahwin-muhallil-cina-buta.html?m=1

   












[2] Soal jawab wanita islam, Shaikh Atiyyah Saqr.

[3] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.

[4] 400 soal jawab nikah kahwin, Haji Said Haji Ibrahim
[5] Tafsir wanita, syaikh imam zaki Al-Barudi
[6] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq
[7] Soal jawab perkahwinan, Tamar Djaja.

[8] Kursus dan bimbingan perkahwinan, Ustaz Abdul Aziz.

[9] Fiqh 4 mazhab juzuk 4,5. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.

[10] Fiqh 4 mazhab juzuk 4,5. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.

[11] Fiqh 4 mazhab juzuk 4,5. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.

[12] Fiqh 4 mazhab juzuk 4,5. Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi.

[13] Wanita Syurga & wanita neraka, Syeikh Muhammad Ali qutb
[14] Soal jawab wanita islam, Shaikh Atiyyah Saqr.

[15] Tafsir wanita, Syaikh Imad Zaki Al-Barudi.

[16] Wanita Syurga & wanita neraka, Syeikh Muhammad Ali qutb.

[17] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.

[18] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.

[19] Soal jawab wanita islam, Shaikh Atiyyah Saqr.
[20] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.

[21] http//usthjhishamuddinmansor.blogspot.my/2010/05/kahwin-muhallil-cina-buta.html?m=1
[22] http//usthjhishamuddinmansor.blogspot.my/2010/05/kahwin-muhallil-cina-buta.html?m=1.
[23] http//usthjhishamuddinmansor.blogspot.my/2010/05/kahwin-muhallil-cina-buta.html?m=1
[24] Fiqh sunnah jilid 4 as-sayyid sabiq.

[25] Soal jawab perkahwinan, Tamar Djaja.






Comments

  1. Assalamu'alaikum.. Terimakasih atas pencerahannya.. Blog ini sangat membantu :)

    ReplyDelete

Post a Comment